Tempatan

Bahasa Kebangsaan Bakal ‘Terkubur’ Sekiranya UEC Diiktiraf

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 02 Disember 2022 – “Kalau UEC diiktiraf, habislah bahasa kebangsaan kita kerana ia tidak lagi digunakan sepenuhnya di sekolah,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Profesor Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau menjelaskan, sekiranya ia diiktiraf, sebahagian besar golongan bukan Melayu bakal terdorong untuk mengambil sijil UEC berkenaan yang majoriti subjeknya menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris.

Ia sekali gus akan mengakibatkan sistem pendidikan kebangsaan diabaikan sepenuhnya oleh golongan bukan Melayu pada masa-masa akan datang, ujarnya.

“Orang lain bersusah payah belajar di sekolah kebangsaan, tapi bila dia nak masuk universiti awam, dia perlu bersaing dengan aliran lain yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Ini tidak adil pada mereka. Sebab itu, kita perlu bersuara, kita bimbang dengan apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, perpaduan kaum bakal terkesan malah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga bakal dipinggirkan sekiranya sijil ini diiktiraf.

Berikutan itu, beliau memohon agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memujuk pejuang UEC ini agar melupakan hasrat mereka itu dan terus menyokong sistem pendidikan kebangsaan.

Baru-baru ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menuntut pihak Kerajaan untuk mengiktiraf UEC di mana ia pernah menjadi janji daripada pihak Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: