Tempatan

UEC: Dong Zong Mahu Bantu Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – “Tidak kira mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan, pendirian Dong Zong selama ini adalah untuk membantu negara kita dalam pembangunan modal insan dan bertegas untuk membincangkan isu pengiktirafan UEC secara akademik serta profesional,” kata Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dalam satu kenyataan.

Menurut persatuan itu, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC). Kerana itu pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Kerajaan baharu mula dibentuk dan pelbagai lapisan masyarakat mengharapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat melakarkan pelan pembangunan baharu untuk negara kita.”

“Malangnya, isu pengiktirafan UEC pula diperbesarkan dan digembar-gemburkan secara berlebihan dengan cubaan untuk mencetuskan konflik sosial dan mewujudkan permusuhan dan persengketaan.”

Sabtu lalu, Dong Zong sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan kenyataan dari mantan Ketua Nazir Negeri Perak, Zulkifli Yahya yang menyatakan, mengiktiraf UEC yang menggunakan silibus dari Taiwan dan China serta menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar merupakan satu pengkhianatan kepada dasar pendidikan negara dan Perlembagaan negara.

Manakala Presiden Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Hussin pula berkata, “Kalaulah ditakdirkan Allah pemimpin negara kita hilang akal, maaf saya guna akal, hilang timbang tara meluluskan UEC, maka akan wujudlah senario yang paling dahsyat dalam dasar pendidikan negara kita.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: