Tempatan

3 Kartel Ayam Tempatan Milik Warga Singapura Disyaki Menipu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 02 November 2022 – Sekurang-kurangnya tiga kartel ayam tempatan sebenarnya milik warga Singapura, dan memanipulasi pengisytiharan jenis ayam supaya dapat dieksport ke Singapura.

Menurut sumber industri, sebahagian besar saham ke­tiga-tiga syarikat itu disah­kan milik sya­rikat Singapura, malah salah satu daripada­nya dimiliki 100 peratus oleh pe­megang saham dari negara jiran itu.

“Ada tiga syarikat gergasi ayam terlibat dan mereka ini cukup licik. Pertama, saya difahamkan permainan licik ini beroperasi di wilayah selatan sebab syarikat ini pemiliknya orang Singapura. Mereka eksport pula kepada Singapura, kepada syarikat induknya di sana.”

“Kemudian syarikat lain di wilayah selatan tanah air juga disyaki terlibat. Ketiga, syarikat beroperasi di wilayah tengah. Saya difahamkan ada satu agensi sedang menyiasat syarikat-syarikat ini kerana jumlah eksport ayam pihak mereka ke Singapura sekarang ini tiba-tiba terus tinggi.”

Katanya, tidak hairanlah ketiga-tiga syarikat itu tidak rasa bertanggungjawab untuk pastikan bekalan domestik kekal stabil, kerana semuanya ada kepentingan dengan Singapura.

Sumber mendedahkan, ketiga-tiga syarikat itu disyaki melakukan peni­puan dengan mengisytiharkan di pintu-pintu keluar negara, ko­nonnya ayam hidup yang mereka eksport ke Singapura adalah jenis ayam kampung atau color broiler, dan kononnya ini mematuhi kriteria eksport yang dibenarkan Kerajaan Malaysia.

“Mereka mengisytiharkan ayam yang dieksport itu adalah jenis ayam kampung, sedangkan yang sebenarnya ayam daging warna putih yang mana eksportnya dihadkan Kerajaan.”

Mengulas lanjut, sumber berkata Kerajaan luluskan 1.8 juta ekor ayam hidup sebulan untuk dieksport, dan agensi yang terlibat mendapati terdapat satu trend pada pengeksport yang mendaftarkan ayam hidup mereka sebagai ayam kampung atau color broiler untuk mendapat kelulusan.

“Saya difahamkan, agensi dapat kesan kebelakangan ini trend eksport ke Singapura itu terlalu tinggi. Mereka isytiharkan kononnya ayam yang dieksport itu adalah color broiler. Jadi, color broiler ini, di pihak agensi tiada had, boleh eksport banyak mana pun.”

“Jadi, ayam hidup dicampur dengan ayam daging, ayam kampung, ayam hitam. Inilah yang pihak agensi beritahu saya, mereka kesan ada ruang untuk aktiviti penghantaran ayam ke Singapura yang melibatkan ayam daging warna putih,” kata sumber.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: