Tempatan

Bekas Ahli UMNO Masuk PH, Zahid Tegas Belum Ada Perbincangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2023 – Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi menegaskan bahawa belum ada perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai isu bekas ahli UMNO yang ingin menyertai PH.

Ini kerana, sebelum ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pemimpin UMNO sebagai menghormati parti tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

BACA JUGA: MAIPs Dibenar Mencelah Dalam Kes Pertahankan Akidah Anak Muslim

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan Salur RM100,000, Kepada Kedua-Dua Sekolah Vernakular Sabah

BACA JUGA: Untuk Maju Ke Depan Kita Harus Memandang Ke Belakang

Menurut laporan, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menyuarakan hasrat untuk menyertai salah satu dari parti komponen PH.

Timbalan Pengerusi PKR Perlis, Noor Amin Ahmad, berkata bekas Ahli Parlimen Padang Besar itu menghubungi pihaknya dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Datuk Zahidi Zainul Abidin juga mendedahkan bahawa ramai pemimpin UMNO bakal meninggalkan parti itu secara besar-besaran dan mengikut beliau menyertai PKR dalam masa terdekat.

Mereka dikatakan bakal menghantar borang penyertaan PKR pada 4 Februari susulan terkilan dengan keputusan Presiden parti dan MKT UMNO yang melaksanakan proses pembersihan parti secara besar-besaran tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: