Tempatan

Perkara Dalam UEC Boleh Diserap Dalam Sistem Pendidikan – Tan Sri Rais Yatim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – “Kenapa perlu dibuat dua peperiksaan di negara ini, sedangkan saya yakin ada perkara dalam UEC yang boleh diserapkan sahaja dalam sistem pendidikan.”

Demikian kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengenai tuntutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya Unified Examination Certificate (UEC) diiktiraf oleh Kerajaan.

Beliau juga mengambil kesempatan dengan menggesa pembetulan pendidikan di sekolah kebangsaan dibuat di semua peringkat supaya pelajar Cina misalnya berminat untuk belajar di sekolah kebangsaan.

“Kita tidak mahu menerima pensijilan mereka namun saya tidak nampak adanya peningkatan standard bagi capaian pendidikan di sekolah kebangsaan, sebaliknya ramai pula pelajar Melayu yang beralih ke sekolah jenis kebangsaan,” katanya.

Bagaimanapun, tuntutan itu dikatakan perlu diteliti secara mendalam oleh Kerajaan kerana UEC dilihat boleh menyebabkan pertembungan terhadap sistem peperiksaan sedia ada yang diamalkan dalam pendidikan negara.

Tetapi, tidak dinafikan bahawa tindakan menggesa itu adalah tidak wajar kerana ia dilakukan ketika pembentukan Kabinet belum dimuktamadkan lagi.

“Saya dapati tuntutan itu berbentuk menggertak sedang Kerajaan baharu sahaja dibentuk. Ia mencerminkan pendirian ‘opportunist’ mereka, isu pengiktirafan ini menyentuh berhubung kestabilan pendidikan negara dan perlu diteliti lebih mendalam.”

“Namun saya percaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sudah biasa dengan ‘gelagat’ ini. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan kelak perlu mengambil kira untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menjawab segala tuntutan ini,” katanya.

Samudera.my sebelum ini melaporkan peringatan buat Dong Zong supaya tidak terlalu rakus dalam mendesak Kerajaan mengiktiraf UEC Sekolah Menengah Cina bebas.

Menurut Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Aminuddin Yahaya, memang pandai dan rakusnya Dong Zong mengambil peluang kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: