NGO

Tolak UEC & Peruntukan Dituntut Dong Zong – Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan Tentang UEC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan yang dapat menjamin kestabilan negara berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan.

Kami meyakini bahawa kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 di bawah Kerajaan Perpaduan memahami agenda pembentukan negara bangsa yang mengutamakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara. YAB merupakan tokoh pejuang bahasa dan persuratan Melayu. Maka, kami:

1. Menyokong penuh Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan agenda perpaduan negara termasuklah dengan menolak tuntutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

2. Pengiktirafan itu bertentangan dengan sistem pendidikan kebangsaan yang sudah sedia ada dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

3. Tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dimartabatkan oleh Kementerian Pendidikan manakala UEC ialah sistem peperiksaan yang disediakan oleh persatuan sekolah swasta Cina yang bercanggah dengan pembinaan jati diri negara bangsa Malaysia.

5. Kerajaan juga digesa tidak meluluskan sebarang peruntukan kepada sekolah dan pusat pengajian swasta yang dituntut oleh Dong Zong. Majlis bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Kerajaan dalam perkongsian kepakaran dan penasihatan demi negara yang sejahtera dan bersatu padu.

Kenyataan ini dikeluarkan secara bersama oleh pertubuhan-pertubuhan yang menghadiri pertemuan pada 12 Disember 2022.

1. Datuk Zainal Abidin Borhan, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
2. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
3. Dato’ Haji Abdul Raof Hussin, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPPM)
4. Tuan Haji Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
5. Prof. Dr. Mohd Sahandri bin Gani, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
6. Prof. Dr. Abd Halim Ali, Persatuan Penulis Budiman Malaysia
7. Profesor Madya Dr. Abdul Halim Hussein Persatuan Penulis Budiman Malaysia
8. Encik Kamal Shukri Abdullah Sani, Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti, Majlis Perundangan Melayu (MPM)
9. Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, KOR AKWAM 181
10. Encik Mohamad Zai Mustafa, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
11. Encik Ramlee Wahab, Persatuan Sejarah Batu Pahat
12. Encik Jasni bin Md. Kechik, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

Kenyataan dikeluarkan oleh: Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengerusi Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: