Tempatan

Merit, Kompeten Kriteria Utama Perkhidmatan Awam, Bukan Etnik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Merit dan kompetensi calon menjadi kriteria utama pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam perkhidmatan awam dan bukan berdasarkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat.

BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

BACA JUGA: JAGA-JAGA Ribut Petir & Hujan Lebat Langgar Malaysia Hingga Esok

BACA JUGA: Tanah Runtuh, Jalan Genting Sempah-Janda Baik Ditutup

“SPA tidak pernah menetapkan pengambilan awam perlu memenuhi sebarang kuota termasuk yang melibatkan agama, kaum etnik atau negeri tertentu.”

“Sebaliknya, ia bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu itu sendiri,” demikian katanya dalam sebuah kenyataan, semalam.

Menurut beliau, kurangnya minat dalam kalangan bukan bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam adalah mungkin disebabkan gaji yang rendah berbanding di sektor swasta.

Sebelum ini juga, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, pernah menyatakan bahawa kadar gaji yang rendah menjadi penghalang kepada belia Cina dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada berkhidmat dengan Kerajaan.

Namun begitu, Adnan menyatakan terdapat juga dalam kalangan rakyat yang menyertai perkhidmatan awam dalam sektor keselamatan dan pertahanan disebabkan nilai patriotisme dan rasa cinta akan negara.

Justeru katanya, atas faktor tersebut, penjawat awam kekal berkecuali dan tidak berpolitik untuk menjalankan tugas demi negara dan rakyat tanpa mengira kaum.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menangani penguasaan perkhidmatan awam oleh satu komuniti etnik iaitu Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: