Antarabangsa

Anak Soekarno Murtad Masuk Hindu Kerana Nenek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW DELHI, 25 Oktober 2021 – Anak Sukarno (Soekarno), Presiden pertama Indonesia, mengumumkan akan menukar agamanya daripada Islam kepada Hindu.

Sukmawati Sukarnoputri, 69, menyatakan penukaran agamanya akan dilakukan dalam satu majlis agama Hindu, ‘Sudhi Wadani’ 26 Oktober ini.

Peguam kepada pengasas Partai Nasional Indonesia-PNI itu memaklumkan, Sukmawati mempunyai pengetahuan mendalam tentang doktrin-doktrin, upacara-upacara dan aspek teologi agama Hindu.

Menurut CNN Indonesia, keputusan beliau untuk murtad dipengaruhi oleh mendiang neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben.

Pada tahun 2018, Sukmawati membangkitkan kemarahan umat Islam Indonesia menerusi sajak yang dibacakan dalam acara Minggu Fesyen Indonesia di mana beliau mencadangkan sanggul rambut tradisional Indonesia lebih cantik daripada selendang yang dipakai oleh perempuan Muslim.

Muslim Indonesia menyifatkan kenyataan Sukmawati itu sebagai kufur dan menghina Islam.

Beliau kemudiannya mengadakan satu sidang media memohon maaf susulan kejadian tersebut.

Sebelum ini, beliau dilaporkan pernah menghina Nabi Muhammad dan Al-Quran dalam satu forum tentang radikalisma dan keganasan.

Antara hujahnya adalah, “Siapa yang berjuang untuk kemerdekaan (Indonesia) pada abad ke-20, Nabi Muhammad atau Soekarno?” dan juga “Mana satu lebih baik, Pancasila atau Quran?”.

Susulan kenyataan itu, Forum Pemuda Bima Islam telah melaporkan anak Bung Karno ini kepada Badan Reserse Kriminal Kepolisian Negara Republik Indonesia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: