Tempatan

Semua Agama Asalnya Haramkan Arak – Tg. Hadi Awang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2021 – “Semua agama pada asalnya juga mengharamkan arak kerana masing-masing berasaskan panduan Islam yang menjadi agama fitrah manusia.”

“Namun, para agamawannya yang terdiri daripada kalangan paderi, pendeta dan sami telah meminda agama asalnya. Sehingga kemudiannya menghalalkan arak, bahkan ada yang memasukkan arak dalam upacara keagamaannya,” kata Haji Abdul Hadi Awang di dalam Facebooknya

Menurut Presiden PAS ini, pihak yang menjaga pentadbiran agama Islam tidak sepatutnya mengizinkan mana-mana pihak menyalahgunakan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada penganut beragama Islam.

“Walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama “Timah” dalam bahasa orang Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’ RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW, dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam,” tegas Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia ini lagi.

Tambah Haji Hadi, akal ialah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang tidak ternilai betapa mahal harganya, kerana akal membezakan manusia dengan makhluk yang lain di atas muka bumi.

Maka, Islam mengharamkan sebarang penyalahgunaan akal dan lebih mengharamkan perkara yang merosakkannya.

“Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia.”

Kenyataan ini senada dengan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Hj Abdullah bahawa tindakan menggunapakai nama ‘Timah’ sebagai jenama arak adalah tidak wajar dan boleh dianggap sebagai satu tindakan yang mencabar sensitiviti umat Islam.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: