Tempatan

Aplikasi Arah Kiblat Anda Mungkin Tersasar Jauh Ke Benua Lain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 23 Oktober 2021 –  Tahukah anda, aplikasi kiblat dalam telefon pintar berkemungkinan besar tidak tepat?

Satu darjah condong lari, maksudnya terlajak daripada arah Mekah sejauh 122 KM!

Ini yang terjadi di premis kami. Kami mempunyai kesangsian dalam menentukan arah kiblat yang tepat apabila dua aplikasi kiblat dari telefon pintar yang berbeza menunjukkan arah kiblat yang berbeza.

Jadi, cara apa yang boleh dilakukan untuk mengetahui arah kiblat yang tepat?

Jangan bimbang, Persatuan Ahli Falak ada penyelesaiannya.

Qiblati merupakan satu servis dari rumah ke rumah untuk menyemak, mengukur dan memperbetul arah kiblat di Negeri Selangor supaya tiada lagi keraguan untuk beribadah dengan arah kiblat yang lebih tepat.

Petugas Arah Kiblat Rumah bertauliah akan melaksanakan proses pengukuran arah kiblat yang tepat di rumah mahupun di pejabat anda.

“Setiap negeri ada Ahli Persatuan Falak sendiri. Kalau tak, boleh telefon Pejabat Agama negeri masing-masing untuk hubungi ahli Falak,” kata tuan Mohd Azam, salah seorang Petugas Arah Kiblat Rumah di Selangor.

Petugas akan menyemak cahaya matahari terlebih dahulu sebelum ukuran arah kiblat dilakukan.

“Satu bangunan seperti rumah kedai ataupun apartment, sama sahaja arah kiblatnya. Ukuran arah kiblat untuk setiap bilik dalam rumah ataupun bangunan juga sama. Dia ada kaedah untuk pergi dari bilik ke bilik, kita tak boleh main agak-agak je walaupun kita dah dapat arah kiblat dekat satu bilik,” ujar tuan Mohd Azam lagi.

Di akhir wawancara, tuan Mohd Azam mengingatkan untuk “Carilah yang bertauliah kerana harus untuk kita mencari arah kiblat yang tepat.”

Kos servis menyemak arah kiblat di Selangor adalah RM70. Penghuni akan diberi dua pelekat penunjuk kiblat.

Muslim di Selangor boleh mengisi borang di pautan untuk temujanji atau hubungi tuan Mohd Azam di 012-797 9316 bagi mereka yang tinggal di kawasan Kajang, Semenyih, Bangi dan Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: