Tempatan

Tindakan Kerajaan Dalam Isu Timah “Gila” – Tan Hoe Chieow

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 November 2021 – Usaha kerajaan dalam melarang penggunaan nama “Timah” susulan kontroversi yang tercetus baru-baru ini merupakan sesuatu yang “mengarut”, “gila”, dan “tak masuk akal”, berikut merupakan kenyataan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang disampaikan oleh Timbalan Presidennya, Dao Zhang Tan Hoe Chieow.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang masalah dengan penggunaan nama Timah serta mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa masuk campur dalam isu jenama minuman keras tersebut.

Malah, baginya, langkah yang diambil kerajaan adalah sesuatu yang akan lebih memundurkan lagi usaha ke arah perpaduan antara kaum di negara ini.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak bersetuju dengan pelantikan Timbalan Menteri Perpaduan yang baru, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal yang berbangsa Melayu.

Bentak Dao Zhang Tan Hoe Chieow, “Adakah (usaha) perpaduan hanya untuk orang Melayu?”

Winepark Corporation (M) Sdn Bhd, syarikat yang memiliki jenama Timah pada 29 Oktober baru-baru ini telah bersetuju untuk berbincang dengan pemegang saham untuk menukar jenama dan imej syarikat tersebut bagi meredakan kontrovesi yang telah tercetus.

Meskipun begitu, pertikaian berkenaan kewajaran penggunaan jenama Timah masih jauh dari menemui penghujungnya lantaran perdebatan hangat yang masih berlaku oleh pelbagai pihak baik yang menyokong mahupun yang membangkang “Timah” menjadi label bagi minuman keras.

Leave a Reply

Back to top button