NGO

Iklan Arak Biadap Guna Imej Kopiah – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2021 – “Lebih biadap iklan arak itu menggunakan imej seorang yang berkopiah dengan janggut panjang seolah-olah memaparkan orang berimej agama juga mengiklankan dan mempromosi arak.”

“Kami amat terkejut dengan pendedahan wujudnya kini arak berjenama Timah yang dikeluarkan oleh Malaysia. Ini adalah sesuatu yang amat janggal dan sangat bertentangan dengan imej Malaysia sebagai negara Islam,” kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

“Kemunculan wiski buatan Malaysia yang bernama Timah itu sangat memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan mengaitkan dengan nama Melayu dan Islam (Timah yang disingkatkan dari Fatimah).”

Malah, pihak pengeluar minuman keras itu jelas sama sekali tidak peduli kepada sensitiviti umat Islam di negara ini, ia seolah mencabar umat Islam untuk memancing reaksi mereka terhadap produk arak itu.

Mohd Azmi mendakwa, pihak Winepak Corporation iaitu firma di belakang Timah yang sangaja mencetuskan produk ini, jelas memprovokasi sentimen masyarakat Islam dan pihak berkuasa.

“Apakah imej Malaysia akan menjadi popular sebagai negara yang subur dengan industri judi dan arak?”

“Apakah kerajaan bersetuju bahawa negara ini bakal tersohor kerana arak buatan Malaysia dianugerahkan Pingat Perak di Pertandingan Wain dan Semangat Antarabangsa, dan Pingat Emas untuk Wiski Malaysia Terbaik dalam Pertandingan Wiski Antarabangsa?”

“Kami amat kecewa bila belum lagi isu kekerapan judi kepada 22 kali cabutan setahun masih belum reda, kini muncul pula keluaran arak buatan Malaysia.

Justeru Mohd Azmi berkata, pihaknya mendesak kerajaan menjelaskan pendiriannya terhadap isu ini dan menggesa kerajaan bergerak ke arah dasar sifar pengeluaran arak.

Sebagai kerajaan yang menonjolkan kriteria kerajaan Melayu Islam sudah tentu isu itu tidak boleh dipandang ringan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: