Antarabangsa

Khatam 30 Juzuk 1 Malam Solat Terawih

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAWA TIMUR, 09 Mac 2022 – Seorang pengguna aplikasi TikTok memuat naik satu video yang merakamkan ibadah solat terawih yang dikatakan solat terawih paling lama kerana mengambil masa 8 jam untuk menyelesaikan ibadah tersebut.

Menurut pemilik akaun TikTok @maat_smart, solat terawih tersebut dimulakan selepas solat Isyak sekitar pukul 7 malam dan selesai pada pukul 3 pagi.

Selain itu, video yang dikatakan dirakam di Pondok Pesantren (Ponpes) Al Fatah Temboro di Magetan, Jawa Timur, Indonesia itu dikatakan solat terawih paling lama adalah kerana imamnya membaca 1 juzuk Al-Quran setiap 1 rakaat solat.

Video tular yang memperlihatkan imam dan jemaah sedang menunaikan solat itu mendapat 214K likes di laman sosial TikTok.

Walau bagaimanapun, pemilik akaun @penasihat_penasihat_26 menulis di ruangan komen dengan mengatakan bahawa kumpulan yang menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dalam 1 malam itu jemaahnya terdiri daripada ustaz-ustaz berpengalaman, kiyai serta penghafaz Al-Quran.

“Kumpulan jemaah yang menunaikan solat terawih dengan menghabiskan 25 dan 30 juzuk itu terdiri daripada ustaz-ustaz berpengalaman, kiyai serta penghafaz Al Quran. Jemaah yang mengikuti kumpulan 25 dan 30 juzuk itu semua berpengalaman.”

Manakala, pelajar di Pondok Pesantren itu sendiri menunaikan solat seperti biasa mengikut tahap hafalan masing-masing, kata @penasihat_penasihat_26.

@penasihat_penasihat_26 turut menjelaskan, selain itu terdapat juga kumpulan jemaah yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dalam usaha untuk menghabiskan 30 juzuk dalam satu malam.

Mereka membahagikan jemaah kepada beberapa kumpulan untuk menghabiskan 30 juzuk 1 malam iaitu dengan dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang akan membaca 5 juzuk, ada yang 10 juzuk dan ada yang 15 juzuk Al-Quran.

Tambahnya, pembahagian kumpulan itu juga mengikut tahap hafalan pelajar-pelajar tahfiz itu sendiri dan tidak ada unsur paksaan.

Leave a Reply

Back to top button