Tempatan

BERTINDAK Mahu Menteri Pendidikan Segera Batalkan Projek Bina SJKC

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 25 Oktober 2021 – Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik mahu Menteri Pendidikan untuk segera membatalkan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di atas tapak yang sepatutnya milik Sekolah Kebangsaan (SK).

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memang setuju dengan kita dan memang sekeras-kerasnya menafikan dan menyatakan pihaknya tidak tahu menahu tentang status tanah ditukar.”

“Malah, JPN Negeri memaklumkan pihak mereka telah menghantar usul bantahan berhubung isu pertukaran status tanah SK ke SJKC yang disuarakan Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara kepada KPM untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

“Menurut sumber yang boleh dipercayai, urusan pindah tanah ini telah dilakukan di zaman pemerintahan PH selama 22 bulan di bawah seliaan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu YB Teo Nie Ching yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, Selangor dari DAP dan kini Ahli Parlimen Kulai,” maklum Pengerusi Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) ini.

“Bayangkanlah baru 22 bulan mereka memerintah, pelbagai bahana telah mereka tinggalkan,” dakwa beliau.

Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik juga memaklumkan, perkembangan terbaharu isu ini dimana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah memberi maklum balas mengarahkan pihak terbabit untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan SJKC tersebut.

“Selepas aduan dihantar dan tindakan susulan, kita terima satu maklum balas daripada MBSJ menerusi satu sisipan surat rasmi berkepala surat dengan logo Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melalui email yang dengan jelas telah mengarahkan pihak terbabit untuk segera menghentikan kerja-kerja kepada SJKC kerana tiada mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.”

“Pihak MBSJ mendapati pihak pemaju tersebut tidak mematuhi syarat-syarat kerja tanah yang telah ditetapkan majlis dan tindakan kompaun serta memberhentikan segala kerja tanah dengan serta merta telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor (pemaju) pada 21 Oktober 2021.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button