Antarabangsa

Aamir Khan Dimaki Kerana Sambutan Deepavali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW DELHI, 03 November 2021 – Aamir Khan, pelakon lelaki popular Bollywood telah “diserang” oleh pengguna atas talian kerana “menyakitkan hati kaum India” berikutan kenyataannya dalam sebuah iklan.

Kenyataan yang kononnya menyakitkan sentimen Hindu itu berbunyi, “Jalan adalah untuk kereta, bukan untuk mercun”.

Slogan ini menggesa masyarakat India untuk tidak membakar mercun di atas jalan sepertimana adat kebiasaan perayaan Diwali.

Menurut portal SCMP, pengarah filem tersohor itu mengeluarkan slogan tersebut untuk sebuah syarikat tayar Ceat, dimana beliau dilantik menjadi jurucakap syarikat tersebut.

Susulan iklan ini, penerbit filem itu telah dikecam dan dimaki terutamanya oleh pelampau Hindu yang mendakwa Aamir Khan hanya memberi komen mengenai tradisi Hindu tetapi mendiamkan diri dalam isu amalan mundur masyarakat Muslim.

“Kebelakangan ini, sekumpulan ‘pelakon-pelakon anti-Hindu’ sentiasa menyakiti sentimen Hindu sedangkan mereka tidak pernah cuba mendedahkan kesalahan masyarakat mereka,” kata Ananthkumar Hedge dari parti pemerintah BJP.

Dakwa Ahli Parlimen dari negeri Karnataka itu, Aamir Khan sepatutnya mengulas mengenai isu seperti orang Islam yang mendirikan solat tetapi menghalang jalan di sesetengah tempat atau isu pembesar suara masjid yang membuat bunyi bising dengan laungan azan.

Kecaman terhadap Aamir Khan ini dilihat menyemarakkan lagi pertelingkahan budaya di antara masyarakat Hindu dengan Muslim di India.

Menurut penganalisis Parsa Venkateshwar Rao Jnr, tindakan kumpulan Hindu yang semakin kritikal meneliti iklan, siri televisyen dan filem untuk apa sahaja yang menunjukkan ‘ketidakpekaan’ terhadap agama Hindu telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan Muslim.

Ujarnya, Muslim bukan sahaja dijadikan halimunan dalam lapangan awam, malah dihalang dari mencari nafkah, menyatakan pandangan mereka dan mengambil bahagian dalam kehidupan budaya negara.

“Peperangan budaya terhadap umat Islam sedang dilancarkan merentasi spektrum yang luas – dari segi sosial, budaya, dan politik juga, dalam erti kata melenyapkan suara mereka di ruang awam. Serangan-serangan ini adalah serangan maki hamun tanpa akal, hanya benci semata,” kata Parsa Venkateshwar Rao Jnr.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: