Tempatan

Sarawak Berisiko Banjir Kilat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di Kg Debak Laut, Kg Lalang, Kg Dit, Kg Babu, Kg Pusa, Drainage Improvement Works di Beladin serta kawasan sekitarnya di daerah Betong.

BACA JUGA: Projek Tebatan Banjir Disegerakan – PM

BACA JUGA: AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: “Sedih! Makanan Untuk Mangsa Banjir Sampai Lambat, Kurang Kualiti” – Wee Ka Siong

Di bahagian Samarahan membabitkan Kg Tg Bundong, Kg Semera Ulu, Kg Sampun Jugu, Kg Asajaya Ulu, Kg Sampun Kelili, Kg Serpan Laut, Kg Pangkalan Kuap, Kg Ensika, Kg Sekitong, SK Chung Hua, Asajaya, Taman Residen, SK Muara Tuang, Kg Tanjung Bundong, Taman Uni Garden, Kg Rembus, Kg Baru, SK Taman Samarindah Lrg 28, Kg Lubok Manta, Kg Tambirat, Kawasan Muara Tuang III serta kawasan sekitarnya.

Bagi bahagian Serian pula, notis dikeluarkan bagi Kg Betong Kenawit, Kg Soh, Jalan Simpang Kg Maang, Jalan Kuching-Serian Lama, Jalan Kg Maang, Kg Sg Turong, Kg Segenam, Kg Seginam, Kg Kanowit Betong, Kg Lintang Baru Panchor, SK Tanah Merah, SK St Peter, Simpok dan kawasan sekitarnya.

Situasi sama turut diramalkan berlaku di Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya.

Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: