Tempatan

MA63: Pindaan Perlembagaan Berkenaan Sabah Sarawak Berkuatkuasa Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Februari 2022 – Pindaan Perlembagaan berkenaan ‘Malaysian Agreement 1963’ (MA63) yang melibatkan beberapa pindaan penting khususnya bagi Sabah dan Sarawak sudah mula berkuatkuasa hari ini.

BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau
BACA: Sarawak Merdeka: Ini Isu Keselamatan Nasional – Shabery Cheek
BACA: Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN

Menurut Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022, tarikh penguatkuasaan pindaan tersebut ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), di mana YDPA telah memberikan perkenan Baginda pada 19 Januari lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi, pindaan tersebut adalah bagi memperjelaskan kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan.

“Pindaan fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 itu untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara tersurat dan tersirat dalam MA63,” ujar beliau seperti yang dilaporkan portal Utusan Malaysia.

Antara pindaan yang dilakukan adalah pada Perkara 1 (2) Perlembagaan, di mana Sabah dan Sarawak diletakkan dalam perenggan yang berasingan dari negeri-negeri lain. Peruntukan terbaru ini menyebutkan:

“(2) Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada –
(a) Negeri-negeri Tanah Melayu, iaitu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan
(b) Negeri-negeri Borneo, iaitu, Sabah dan Sarawak”.

Perbahasan pindaan Perlembagaan untuk menerapkan MA63 baru-baru ini hangat diperdebatkan, antaranya YB Azis Jamman yang menyentuh tentang gerakan memerdekakan Sabah dari Putrajaya sekiranya Putrajaya memandang mudah MA63,

“Setelah lebih 58 tahun Malaysia dibentuk, kerajaan masih ingin menipu dan menganaktirikan Sabah. Jangan pandang mudah kerana jika layanan buruk Putrajaya terhadap MA63 berterusan, jangan salahkan kami jika gerakan memerdekakan Sabah dari penjajahan Putrajaya semakin lantang.” Tegas beliau seperti yang dilaporkan portal Borneo Today.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: