Tempatan

Banjir : TNB Tutup Beberapa Pencawang Sekitar Kelantan Dan Terengganu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Kelantan dan Terengganu susulan hujan dan banjir bermula semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, TNB memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Susulan hujan dan diikuti banjir di beberapa kawasan sekitar Terengganu, pihak TNB telah menutup bekalan di satu Pencawang Elektrik Al-Muktafi Billah Shah bagi memastikan keselamatan para pengguna,” menurut kenyataan yang dikeluarkan petang semalam.

Katanya, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Walau bagaimanapun, kejadian banjir menjadi semakin kritikal sehingga pihak TNB sekali lagi mengeluarkan notis penutupan bekalan elektrik di negeri Kelantan pula.

Antara kawasan yang terlibat adalah Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Berikutan keadaan yang semakin memburuk, TNB mengingatkan orang awam supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air dan kekotoran banjir.

TNB juga memberi amaran agar menjauhkan diri dari pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: