Tempatan

Taufan Noru Bergerak Ke Vietnam, Kelantan, Terengganu & Utara Semenanjung Bakal Tempias – METMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 September 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa Taufan Noru yang telah melanggar utara Filipina sehingga meragut lima nyawa, kini dijangka bergerak ke barat menuju Vietnam yang akan turut memberi tempias ke atas beberapa negeri di Malaysia.

Tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Noru yang bakal menyebabkan utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu dilanda ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 28 hingga 30 September ini.

METMalaysia mengeluarkan amaran susulan dari pergerakan Taufan Noru daripada Filipina ke arah barat itu akan menyebabkan pembentukan garis badai.

Ini adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Semalam, Taufan Super Noru, telah meragut lima nyawa anggota penyelamat selepas taufan itu melanggar utara Filipina sehingga menyebabkan banjir dan bekalan elektrik terputus.

“Lima anggota penyelamat, yang menggunakan bot untuk membantu penduduk yang terperangkap dalam air banjir, mati lemas selepas bot mereka dihempap tembok yang runtuh,” kata Gabenor Wilayah Bulacan Di Utara Manila, Daniel Fernando.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: