Tempatan

Air Pasang Besar, 5 Pantai Di Selangor Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LANGAT, 27 September 2022 – Sebanyak enam lokaliti di Selangor ditutup kepada orang awam bermula hari ini sehingga 29 September berikutan fenomena air pasang besar.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Facebook memaklumkan pantai yang terlibat adalah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Chunang, Pantai Batu Laut dan Jeti Tg Sepat.

Air pasang besar merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.19 pagi pada 27 September dan dijangka 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.

Pemantauan dijalankan sepanjang penutupan oleh pasukan Skuad PANTAS MPKL bagi memastikan tiada pengunjung yang mendekati kawasan-kawasan pantai tersebut.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung agar tidak menjalankan aktiviti pantai atau riadah sehingga khamis ini berikutan Fenomena Air Pasang Besar.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4256.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: