Antarabangsa

TERKINI: Taufan Super Noru Langgar Filipina, Ragut 5 Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 26 September 2022 – Lima nyawa anggota penyelamat diragut oleh Taufan Super Noru hari ini selepas taufan itu melanggar utara negara itu, menyebabkan banjir dan bekalan elektrik terputus.

“Lima anggota penyelamat, yang menggunakan bot untuk membantu penduduk yang terperangkap dalam air banjir, mati lemas selepas bot mereka dihempap tembok yang runtuh,” kata Gabenor Wilayah Bulacan Di Utara Manila, Daniel Fernando.

Menurut media antarabangsa, taufan super itu terlebih dahulu melanggar pantai di bandar Burdeos di wilayah Quezon pada hari Ahad sebelum bergerak merentasi wilayah utama Luzon.

Pegawai di negara itu memaklumkan, lebih 17,000 orang daripada komuniti berisiko tinggi yang terdedah kepada gelombang pasang surut, banjir dan tanah runtuh di Quezon telah dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan.

Manakala lebih 3,000 orang telah dipindahkan ke tempat selamat di metropolitan Manila.

Waktu kelas dan pejabat kerajaan dihentikan buat sementera waktu di ibu negara dan wilayah terpencil sebagai langkah berjaga-jaga.

Taufan Super Noru yang membawa angin berkelajuan maksimum 195 kilometer sejam ketika ia melanda negara kepulauan itu selepas “peningkatan mendadak” yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata peramal cuaca negara.

Filipina kerap dilanda ribut, dengan para saintis memberi amaran ia menjadi lebih kuat apabila dunia semakin panas kerana perubahan iklim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: