Antarabangsa

Polis Paksa Anak Orang Islam Puja Dewa Krishna

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHARGONE, 02 Jun 2022 – Sekumpulan kanak-kanak Muslim bawah umur yang ditangkap sewaktu perayaaan hari lahir Dewa Ram Navmi dipaksa menyanyikan lagu memuja Dewa Krishna (Bhajan) dan membaca kitab Bhagavad Gita, lapor The Wire.

Perkara ini didedahkan oleh dua orang daripada kanak-kanak yang ditahan, Mirza (bukan nama sebenar), 17, dan adiknya Omair (bukan nama sebenar), 15, sejurus mereka dibebaskan dari rumah pemulihan juvana di Khandwa.

Menurut abang dan adik itu, mereka dan sekumpulan kanak-kanak lelaki seramai 12 orang pada mulanya ditahan reman di balai polis Khandwa, dan kemudiannya dipindahkan ke rumah pemulihan juvana di mana mereka dikenakan layanan secara tidak adil selain dipukul.

“Terdapat 12 orang daripada kami, kebanyakannya lelaki, kami teruskan hidup dengan hanya minum air sebab kami tak diberi makanan yang cukup. Mereka suruh kami buat kerja-kerja, minta kami duduk menyerupai ayam dan kemudiannya pukul kami juga,” kata Mirza.

“Bhajans (lagu-lagu puja Dewa Krishna) dimainkan di telefon bimbit dan kami dipaksa untuk menyanyikan sekali lagu-lagu itu. Kami diberikan kitab Gita Gyan dan disuruh membacanya,” tambah Mirza.

Bukan itu sahaja, Mirza dan Omair juga mendedahkan bahawa mereka mengalami kecederaan serius, tidak cukup makan di samping berdepan dengan keganasan fizikal yang diakibatkan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sepanjang 30 hari berada di rumah pemulihan juvana itu.

Apabila disoal nama pegawai yang terlibat, Mirza menamakan seorang “Bhim”.

Tambah Mirza lagi, selain itu, mereka juga disoal tentang solat dan tentang makan di dulang yang sama.

“Kami memberitahu mereka tentang amalan kami, tetapi kami diberitahu ‘anda semua makan di atas pinggan yang sama di majlis perkahwinan untuk bersekongkol’.”

Seramai 12 orang kanak-kanak lelaki bawah umur telah dinamakan dalam First Information Report (FIR) berhubung Rusuhan Khargone yang berlaku pada 10 April 2022 antara penganut agama Islam dengan Hindu.

Pada hari itu, puak Hindu termasuklah anggota polis yang meraikan sambutan Dewa Ram Navmi bukan sahaja menceroboh masuk, membakar masjid dan rumah-rumah orang Islam di sana, tetapi juga bertindak menyerang dan membelasah mereka.

Susulan rusuhan itu, polis telah mendaftarkan 72 kes, dan menahan lebih 200 orang, termasuk beberapa kanak-kanak bawah umur.

Lapor The Wire lagi, peguambela kanak-kanak itu mendedahkan, terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis berhubung Rusuhan Khargone itu.

Sebagai contoh, mereka menuduh seorang lelaki cacat tanpa anggota badan atas kesalahan merejam batu dan menamakan seorang individu yang sudah meninggal dunia dua tahun lalu sebagai tertuduh.

“Kami juga bercakap dengan kanak-kanak lain, namun, mereka masih kelihatan trauma setakat ini. Ini adalah contoh keganasan tahanan bagi kanak-kanak di bawah umur,” kata M.A. Khan, peguambela Mirza dan Omair.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: