Antarabangsa

Bella Hadid Persoal Diskriminasi Dunia Terhadap Kesengsaraan Muslim Berbanding Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 08 Mac 2022 – Supermodel Bella Hadid mempersoalkan layanan dwi standard dunia yang lebih bersimpati dan mengambil berat terhadap apa yang berlaku di Ukraine berbanding dengan penderitaan Muslim yang sedang berlaku di kawasan lain.

Diskriminasi ini disuarakannya melalui laman Instagram dengan memetik puisi nukilan Mustafa, seorang penyair Muslim kelahiran Kanada.

“Soal diri anda, persoalkan betapa senyapnya anda bergerak di sekitar ketidakadilan lain, jejak yang kita tinggalkan di sini akan menjadi yang paling jelas yang telah kita tinggalkan dalam masa yang lama,” ini antara petikan dari syair tersebut.

Rangkap seterusnya menunjukkan apa yang dirasakan oleh Bella Hadid mengenai eksploitasi berterusan terhadap umat Islam di seluruh dunia ketika orang ramai memilih untuk berdiam diri mengenai ketidakadilan itu.

“Berapa banyak negara Islam yang terbakar? Penjajahan oleh Barat, serangan dron tanpa belas kasihan, hukuman mati, kem tahanan di China?”

Namun demikian, ia bukanlah bermaksud supermodel kelahiran Palestin-Amerika itu menidakkan apa yang berlaku di Ukraine kerana rangkap lain di dalam puisi tersebut menyentuh apa yang sedang berlaku di sana.

“Ini adalah mengenai Ukraine, dan tiada apa yang harus menjejaskan magnitud penderitaan mereka, keganasan terhadap mereka.”

Bella Hadid bukan satu-satunya figura terkenal yang menyuarakan sokongan terhadap rakyat dan negara Palestin.

Sebelum ini pelakon terkenal Hollywood seperti Emma Watson, pelakon “The Hulk” Mark Ruffalo, pelakon “Pretty Woman” Richard Gere, pelakon “The Chronicles of Narnia” Tilda Swinton, Susan Sarandon dan Simon Pegg turut bangkit bersama-sama mengecam tindakan Israel terhadap Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: