Tempatan

Rayuan Untuk Yakinkan Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Dalam Kes Vernakular Terkhilaf Akan Diterusan – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2022 – “Pada 29 Disember 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Hakim Nazlan telahpun menolak cabaran beberapa pihak tertentu untuk mengisytiharkan bahawa sekolah-sekolah vernakular dengan aliran bahasa Cina mahupun Tamil adalah tidak sah di bawah Perlembagaan,” ujar peguam, Haniff Khatri Abdulla.

Menurutnya, cabaran itu telah ditolak di Kuala Lumpur dan pihak-pihak tertentu telahpun memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan setakat pada sekarang, rayuan-rayuan tersebut masih melalui proses pengurusan rayuan dan akan ditetapkan tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan kelak.

Haniff berkata, sementara itu, terdapat satu kes lain yang telah dilaporkan melalui media bahawa kes yang dibawa oleh suatu persatuan dipanggil Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) telah diputuskan pada 29 Mei 2022 oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu di mana Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah menolak cabaran yang sama terhadap sekolah-sekolah vernakular dan mengatakan akan membuat keputusan bahawa sekolah-sekolah tersebut adalah berperlembagaan.

Jelasnya, alasan yang diberi setakat laporan media berhubung dengan kes Mahkamah Kota Bharu kelmarin sedikit berbeza daripada keputusan ataupun alasan keputusan kes Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, tetapi pada masa ini, tertakluk kepada apa arahan yang diberi oleh Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (iGuru) kepada peguam mereka.

“Ada kemungkinan mereka juga menfailkan rayuan sepertimana yang difailkan oleh pihak-pihak yang telahpun kalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember yang lalu.”

Jadi, di tahap ini untuk menyatakan apakah dia yang boleh berlaku kalau kedua-dua pihak memfailkan rayuan sepertimana yang telah difailkan di Kuala Lumpur maka ada juga kemungkinan bahawa kedua-dua pihak akan berurusan untuk cuba membuat satu atau memperolehi satu tarikh pendengaran yang bersama.

Menurut beliau lagi, tetapi di tahap ini masih terlampau awal untuk dikatakan sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku daripada keputusan Kota Bharu tetapi berkaitan keputusan Kuala Lumpur pihak yang membuat rayuan masih yakin dan masih akan berusaha untuk menfailkan hujahan-hujahan yang perlu bagi tujuan menyakinkan kepada Mahkamah Rayuan kenapa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Nazlan telah terkhilaf dalam pendapat dan keputusan beliau.

“Di tahap ini, selain daripada itu saya tidak boleh memberi komen yang lanjut sebab pengurusan kes masih berjalan di Mahkamah Rayuan kes ini,”ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: