Antarabangsa

Mantan Ahli Majlis India Terbunuh Atuk Kerana Disangka Muslim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADHYA PRADESH, 24 Mei 2022 – Seorang lelaki tua berusia 65 tahun maut selepas diserang oleh seorang pemimpin Bharatiya Janata Party (BJP), yang menyangkanya sebagai seorang Muslim.

The Wire melaporkan, mangsa, Bhawarlal Jain yang merupakan anak jati Kampung Sarsi di Jaora Tehsil di daerah Ratlam, Madhya Pradesh, ditemui maut berhampiran Rampura Road di daerah Manasa.

Memandangkan identiti mayatnya tidak dapat dikenalpasti, pihak polis di daerah tersebut telah menyebarkan mesej di media-media sosial dan balai polis berhampiran.

Pada petang hari yang sama, keluarga Bhawarlal Jain datang menuntut mayatnya, empat hari selepas mereka melaporkan kehilangannya.

Menurut ahli keluarganya, mangsa yang merupakan seorang lelaki bermasalah mental telah pergi menghadiri acara keagamaan di daerah jiran Chittorgarh di Rajasthan pada 16 Mei apabila dia tersesat dan hilang tanpa dapat dikesan.

Mereka kemudiannya melaporkan kehilangannya di balai Chittorgarh, sehari selepas Bhawarlal Jain hilang.

Pada awalnya, pihak berkuasa mendakwa punca kematian Jain tidak diketahui walaupun selepas post-mortem telah dilakukan.

Namun, tidak lama selepas itu, tular di media sosial menunjukkan pemimpin BJP di Neemuch, Dinesh Kushwaha sedang memukul, menyoal siasat Jain dan memaksanya untuk menunjukkan kad pengenalannya (kad Aadhaar).

“Apa nama kamu? Mohammed? Tunjukkan kad Aadhaar kamu,” paksa Kushwaha dalam video viral tersebut.

Seorang pegawai kanan polis berkata, Jain pada hari kejadian mungkin dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sarsi. Namun, kerana masalah mental yang dihadapinya, Jain gagal mengenal pasti kawasan rumahnya kerana daerah Manasa juga mempunyai nama kampung yang sama.

Pada waktu itulah Dinesh Kushwaha ternampak Jain sebelum menyerangnya antara 17 hingga 18 Mei.

“Jain yang mengalami masalah mental dan sedang berada dalam kesusahan gagal memberikan butiran kepada Kushwaha. Beliau mengungkapkan nama “Mohammed”, dan itulah yang membuatkan Kushwaha naik berang sebelum memukulnya,” ujar pegawai polis tersebut.

Polis telah menahan Kushwaha di bawah di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 302 (membunuh) dan 304 (membunuh bersalah tidak membunuh).

“Nasionalis Hindu membunuh penganut Hindu kerana disyaki beragama Islam bermakna ia kini secara rasmi musim terbuka untuk orang Islam,” ujar CJ Werleman, kolumnis Inside Arabia dalam Twitternya, mengulas kejadian Islamofobia ini.

Leave a Reply

Back to top button