Antarabangsa

Liga Arab Gesa Campur Tangan PBB Hentikan Jenayah Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 06 April 2023 – Liga Arab menggesa campur tangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan jenayah rejim haram aparteid Israel di kompleks Masjidil Aqsa baru-baru ini.

Lapor berita Timur Tengah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar, Liga Arab mengutuk serangan rejim Zionis terhadap jemaah di Masjidil Aqsa sekali gus menolak semua bentuk pencabulan Israel terhadap tempat suci umat Islam itu.

Menurut kenyataan, pencabulan yang berlaku bertujuan untuk mengubah status quo sejarah dan undang-undang di Masjidil Aqsa.

Kenyataan juga menyebut, “Beratus-ratus jenayah meningkat secara merbahaya pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, dan ia membawa kepada kecederaan dan penangkapan jemaah, pencerobohan dan pencemaran kesucian Masjidil Aqsa dengan sengaja oleh pegawai dan peneroka ekstremis Israel yang dilindungi pasukan pendudukan.”

BACA JUGA: Rusuhan Malyana, India: Nasib 72 Mangsa Muslim Tidak Terbela – Keluarga

BACA JUGA: Jangkitan COVID-19 Meningkat, KKM Saran Saring Guru, Pelajar

BACA JUGA: Ramai Majikan Belum Laksanakan Gaji Minimum

Liga itu percaya bahawa rejim haram aparteid Israel bertanggungjawab atas kesan pencerobohannya yang menghalang kebebasan beribadat di tapak suci Islam di Baitulmuqaddis.

Mereka turut menyeru PBB bertanggungjawab secara moral, kemanusiaan dan undang-undang untuk menamatkan pencerobohan rejim Israel dan menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, mesyuarat tergempar yang berlangsung di Kaherah itu telah dipanggil oleh Jordan dan diselaraskan oleh negara Mesir dan Palestin.

Terdahulu, samudera.my melaporkan, tentera rejim haram aparteid Israel sekali lagi menyerang Masjidil Aqsa awal pagi semalam. Polis rejim dikatakan telah menahan puluhan rakyat Palestin kerana melaksanakan I’tikaf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: