Antarabangsa

Pengerusi Hamas Diisytihar Pengganas Oleh Kesatuan Eropah (EU)

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STRASBOURG, 19 Januari 2024 – Pengerusi gerakan pejuang Hamas, Yahya Sinwar telah diisytiharkan sebagai pengganas oleh Majlis Kesatuan Eropah (EU).

Menerusi satu kenyataan, majlis itu memutuskan untuk menambah Yahya Sinwar dalam senarai pengganas EU susulan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di negara haram Israel pada 7 Oktober lalu, yang melibatkan 1,200 maut dan ribuan cedera.

Berkuat kuasa pada 16 Januari 2024, “Yahya Sinwar tertakluk kepada pembekuan dana dan aset kewangannya di negara anggota EU, malah pengendali kesatuan juga dilarang menyediakan dana dan sumber ekonomi untuk beliau.”

Sebelum ini, pemimpin Hamas itu dipercayai diletakkan di bawah sekatan Amerika Syarikat dan United Kingdom masing-masing pada tahun 2015 dan 2023.

Turut dilaporkan, setakat ini, jumlah rakyat Gaza yang dibunuh tentera rejim Israel mencecah sekurang-kurangnya 24,620 orang termasuk lebih 9,600 kanak-kanak dan 6,750 wanita. Manakala hampir 400 rakyat Palestin di Tebing Barat menjadi korban Zionis rejim ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: