Antarabangsa

Raikan Ulang Tahun Kemenangan Terhadap Nazi & Hitler, Warga EU Didenda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LATVIA, 10 Julai 2023 – Beberapa warga negara Latvia telah didenda kerana telah mengadakan sambutan kemenangan Perang Dunia Kedua secara dalam talian pada tarikh 9 Mei lalu dengan memuat naik gambar di media sosial serta memberi komentar menyambut tarikh tersebut.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh rangkaian berita tempatan Latvia, Delfi pada Ahad lalu. Laporan yang sama juga turut menyatakan akaun-akaun warga negara yang telah dikenakan denda.

BACA JUGA: Tukar Label Beras Tempatan, Jual Harga Import Bakal Didenda Hingga RM250 Ribu

BACA JUGA: Kenyataan Berbaur 3R, Guan Eng & Hadi Disiasat Bukit Aman – Timbalan Pengarah CID

BACA JUGA: NGO Rayu Sabah Ditukar Kepada Negara Dengan Lapan Negeri

Menurut laporan yang sama, denda yang dikenakan terhadap mereka yang menyambut ulang tahun 9 Mei itu mencecah $389. Menurut Miroslac Mitrofanov yang merupakan ketua Russian Union di Latvia, ratusan orang yang telah terlibat dan didapati bersalah.

Menurutnya, “Kami tidak mengetahui kesemuanya berkaitan hal ini. Kemungkinan, ratusan orang mungkin akan disaman disebabkan komentar, gambar-gambar serta “likes” yang diberikan yang mana ianya berkaitan dengan peristiwa 9 Mei”.

Pihak polis Latvia telah mengesahkan tentang perkara berkenaan denda tersebut namun enggan memberi sebarang penjelasan berkenaan dengan asas perundangan bagi tindakan saman itu sebagaimana ulasan jurucakap polis Simona Gravite,

“Kami tidak akan membuat sebarang ulasan berkenaan angka atau memberikan sebarang maklumat lain berkenaan hal tersebut.”

Menurut Delfi, denda yang dikenakan itu adalah berdasarkan dua perkara dalam kod pentadbiran Latvia yang melarang paparan simbol-simbol yang digunakan bagi “mengagungkan rejim totalitarian Soviet”, atau “pencerobohan ketenteraan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: