Antarabangsa

Penduduk Palestin Perlu Dilindungi, Bukan Diusir – EU

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRUSSELS, 08 Mei 2022 – “Sebagai kuasa penjajah, Israel wajib melindungi populasi penduduk Palestin, bukan mengusir mereka.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Kesatuan Eropah (EU) selepas Mahkamah Agung Israel memutuskan untuk mengusir lebih 1,300 warga Palestin dari Masafer Yatta, selatan Tebing Barat baru-baru ini.

“Mengikut undang-undang antarabangsa, pemindahan secara paksa individu atau besar-besaran serta pengusiran orang yang dilindungi dari wilayah yang diduduki adalah dilarang, tanpa mengira motif mereka,” tegas EU, sekaligus mengkritik keputusan yang dikeluarkan pihak mahkamah.

Selain itu, Pertubuhan Hak Sivil di Israel (ACRI) turut bersama-sama penduduk Masafer Yatta membuat petisyen menentang pengusiran tersebut.

Kata mereka, ia akan mengakibatkan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mahkamah Tinggi secara rasmi memberi kuasa meninggalkan seluruh keluarga, bersama anak dan orang tua mereka, tanpa bumbung di atas kepala mereka,” kata ACRI dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Mahkamah Agung Israel mengarahkan pengusiran dan perobohan lapan kampung penduduk Palestin di Masafer Yatta.

Keputusan tersebut mengakibatkan kira-kira 1,300 rakyat Palestin berdepan risiko pemindahan secara paksa dari rumah mereka dan kemusnahan masyarakat tersebut.

Penduduk Masafer Yatta dan kumpulan hak asasi Israel mengatakan bahawa majoriti keluarga Palestin di kampung tersebut telah menetap di kawasan itu sejak sebelum pendudukan Israel pada tahun 1967.

Leave a Reply

Back to top button