Melampau! Rejim Israel ‘Langgar’ Tanah Perkuburan Umat Islam
AL-FALUJA, 16 Disember 2023 – Rejim haram Israel dipercayai memusnahkan tanah perkuburan umat Islam di kem pelarian Jabalia menggunakan kereta kebal baru-baru ini.
Menurut perkongsian di Instagram, wartawan Gaza, Wissam Nassar memuat naik sebuah video menunjukkan keadaan tanah perkuburan itu setelah dimusnahkan rejim Zionis.
View this post on Instagram
Berdasarkan rakaman, jelas kelihatan kesan seperti laluan kereta kebal melalui kawasan tersebut sekali gus memusnahkan kubur-kubur di situ.
Jenayah itu mendapat tentangan warganet apabila ada yang mengatakan, “Mereka tidak menghormati yang hidup ataupun yang mati. Mereka tidak mempunyai kemanusiaan.”
Pengguna lain pula mengingatkan, “Inilah yang berlaku bila ada yang percaya mereka berada di atas tuhan dan orang lain, ditambah dengan kuasa ketenteraan untuk berbuat demikian tanpa sebarang akibat.”
Malah ada juga yang menyindir rejim Zionis yang kononnya berbuat demikian untuk ‘mempertahankan’ diri mereka.