Antarabangsa

Saudi Tidak Akan Normalisasi Hubungan Dengan Zionis Israel Tanpa Negara Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 23 Januari 2024 – Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan memberi jaminan negara itu tidak akan menormalisasi hubungan dengan Zionis Israel tanpa penubuhan negara Palestin.

Menerusi temu bual beliau bersama media antarabangsa, hos mengajukan soalan, “Adakah anda tegas mengatakan bahawa sekiranya tiada jalan yang boleh dipercayai dan tidak boleh diubah ke arah penubuhan negara Palestin, tidak akan ada normalisasi hubungan antara Arab Saudi dan Israel?”

“Itu satu-satunya cara kita akan mendapat faedah. Jadi ya,” jawab Putera Faisal.

Sebelum ini, media melaporkan, Arab Saudi sedia mengiktiraf pendudukan haram itu sekiranya kesemua persetujuan dicapai, termasuk isu kenegaraan Palestin.

Tegas Putera Faisal, “Kami bersetuju bahawa keamanan serantau termasuk keamanan untuk Israel, tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin menerusi penubuhan negara Palestin.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: