Antarabangsa

Pengeboman Israel Ke Atas Sekolah ‘Tindakan Biadab’ – ICESCO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABAT, 20 November 2023 – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO) mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melakukan pengeboman ke atas sekolah Al-Fakhoura dan Tat Al-Zaatar di Gaza sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai ‘jenayah kejam’ dan ‘tindakan biadab’, seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa.

ICESCO yang beroperasi di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad telah menyatakan kutukan sekeras-kerasnya berhubung serangan tersebut di mana sekolah berkenaan telah menjadi lokasi untuk orang awam mencari perlindungan bagi mengelakkan serangan rejim Zionis yang semakin ‘mengganas’ di Gaza.

Menurut ICESCO, “Lanjutan kelakuan zalim di Semenanjung Gaza ini, yang tidak membezakan antara sekolah, institusi perubatan dan kemudahan ketenteraan, menunjukkan kegigihan penjajah Israel untuk melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa, serta merendahkan pandangan global yang semakin meningkat terhadap tindakan biadab ini yang telah menjadi aib kepada umat manusia.”

Organisasi tersebut turut menekankan bahawa “Tiada pasukan pernah menggunakan jentera ketenteraan dengan serangan ganas sebegini untuk menyerang kanak-kanak, sekolah dan hospital, menunjukkan kemunduran nilai dan tingkah laku yang jelas dan belum pernah berlaku sebelum ini”.

Pengeboman rejim haram Zionis Israel ke atas dua buah sekolah baru-baru ini telah mencederakan dan mengorbankan kira-kira 200 rakyat Palestin sekali gus mendapat kecaman meluas daripada negara dan organisasi Arab dan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: