Antarabangsa

Komuniti LGBTQ Lebih Bahaya Bagi Israel Berbanding Pejuang Hamas – MP Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 24 Jun 2023 – Komuniti LGBTQ+ adalah perkara paling berbahaya bagi Israel – lebih daripada Hamas, tegas ahli Knesset Zionis Israel, Yitzhak Pindrus.

Menerusi sebuah saluran televisyen, selepas perarakan Pride diadakan di Baitulmuqaddis, ahli parlimen rejim haram aparteid Israel itu berkata, “Jika terpulang kepada saya, saya bukan sahaja menghalang perarakan Pride tetapi juga seluruh gerakan itu.”

BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

BACA JUGA: Lembab Tangani Kandungan Memudaratkan, MCMC Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Meta

Tambahnya, golongan tersebut juga dikatakan lebih merbahaya berbanding kumpulan Islamic State (IS) dan gerakan Hizbullah.

Menurut laporan, Yitzhak ialah seorang konservatif agama dan pernah mengeluarkan komen hasutan terhadap golongan LGBTQ+, yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Yahudi.

Yitzhak juga pernah keluar dari Knesset ketika Amir Ohana dilantik sebagai penceramah gay pertama parlimen Israel lalu membuat ucapan menerima tugas itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: