Tempatan

Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ) menuntut semua pihak yang terlibat dalam kes rider Grab tegur dua warga Singapura ‘borong’ minyak RON95 untuk digantung.

“Isu dia mudah. Rider Malaysia tegur rakyat Singapore ambil minyak RON95. Plot twist, akaun rider Grab itu kena suspend. Semua kata itu prosedur Grab nak suspend akaun dia. Fine! Saya nak minta Kerajaan Malaysia kena suspend! Saya nak pegawai-pegawai KPDN kena suspend! Saya nak stesen minyak tersebut kena suspend! Dan saya nak, siapa yang terlibat, yang membuatkan rakyat Singapore itu terlepas balik, semua kena suspend! Ini prosedur,” katanya menerusi akaun TikTok.

Tegasnya, tuntutan ini dibuat supaya syarikat yang menggantung rider itu memohon maaf.

“Kalau dah semua kena suspend, korang boleh fikir tak, salah siapa? Mana petugas? Mana pegawai KPDN? Mana pegawai Imigresen? Semua kita nak kena suspend. Punca nak kena suspend semua sebab apa? Sebab kita tuntut Grab mohon maaf.”

BACA JUGA: Asalkan Berpakaian, Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Antarabangsa

BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah

BACA JUGA: Negara Berdepan Masalah Bekalan Ayam Bermula Ogos Ini

Dalam masa sama, CIJ turut menempelak mereka yang dilihat seperti mempertahankan tindakan Grab menggantung rider berkenaan atas alasan prosedur.

“Tapi korang kata ini prosedur Grab, kena suspend, kena siasat, fine! Siasat semua! Jangan siasat dia sorang! Siasat pegawai KPDN! Siasat pegawai Imigresen! Siasat semua! Macam mana minyak yang boleh banyak-banyak dalam tong tu boleh terlepas dari Imigresen?”

“Nak suspend kan? Prosedur kan? Prosedur dunia korang ikut, prosedur akhirat korang tak fikir.”

“Boikot Grab! Uninstall Grab!” tegas CIJ lagi.

Semalam, portal tempatan melaporkan, akaun Grab rider tersebut kembali diaktifkan semula oleh syarikat tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Grab menjalankan siasatan terperinci kepada penghantar makanan terbabit dan mendapati lelaki berkenaan tidak bersalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: