Antarabangsa

Perkasa Hak LGBT & Pengguguran Anak Dalam Sistem Pendidikan Untuk Elak Diskriminasi Seksual

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 September 2022 – Sekumpulan Senator Demokrat menggesa pentadbiran Biden untuk memperkasa hak LGBT dan pengguguran anak dalam sistem pendidikan bagi mengelakkan diskriminasi seksual.

“Jabatan Pendidikan harus menguatkan lagi perlindungan untuk pelajar LGBTQ serta pelajar hamil dan keibubapaan,” tulis para senator.

Senator itu yang diketuai oleh Senator Patty Murray menerusi sekeping surat yang dikeluarkan pada 12 September dan ditandatangani oleh 18 ahli senator yang lain seperti menyokong tafsiran semula pentadbiran itu ke atas Tajuk IX yang berperanan untuk melindungi individu daripada diskriminasi ke atas jantina dalam program pendidikan atau aktiviti yang menerima bantuan kewangan persekutuan.

Menurut Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, Tajuk IX itu turut merangkumi rawatan pelajar hamil serta rawatan buat pelajar LGBTQ. Katanya, tiada penerima atau individu lain yang boleh mengancam mahupun mendiskriminasi mana-mana individu bagi tujuan mengganggu mana-mana hak atau keistimewaan di bawah jaminan Tajuk IX.

Para senator itu juga bahkan memohon pihak pentadbiran untuk “menjelaskan skop diskriminasi yang dilarang” membabitkan pelajar LGBTQ di bawah Tajuk IX itu.

Bukan itu sahaja, surat itu juga turut menyarankan Tajuk IX untuk memastikan bahawa pelajar mesti ditempatkan seiring dengan identiti jantina mereka manakala mereka yang menidakkan jantina itu secara sengaja dianggap sebagai satu bentuk gangguan.

Dalam masa yang sama, para senator turut menggesa Jabatan Pendidikan untuk memastikan pelajar transgender dapat bermain dalam pasukan sukan seiring dengan identiti jantina mereka.

“Melindungi hak pelajar transgender untuk mengambil bahagian dalam aktiviti olahraga seiring dengan identiti jantina mereka sama sekali tidak merugikan pelajar-pelajar lain mahupun menjejaskan perlindungan yang tersedia dalam Tajuk IX bagi perempuan dan wanita,” dakwa surat berkenaan.

Mengulas lanjut, surat tersebut didakwa turut menyokong jabatan itu yang memasukkan pengguguran sebagai kategori yang dilindungi tetapi mereka meminta penguatkuasaan yang selanjutnya.

Tambah surat itu, para senator juga menggesa Jabatan Pendidikan untuk melindungi privasi pelajar dengan merahsiakan rekod status kehamilan pelajar.

Peraturan Tajuk IX itu mendapat bantahan daripada ibu bapa serta kumpulan agama yang bimbang ia mendatangkan kesan kepada mereka sejak ia dicadangkan pada Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: