Tempatan

Pro Hak Asasi Mengaku Liberal, Tapi Sibuk Buat Undang-Undang Sekat Kebebasan Beragama – Profesor Rafidah Hanim Mokhtar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – “Mereka mengatakan diri mereka liberal, yang meraikan konsep “kebebasan bersuara dalam hak asasi manusia” inilah yang akhirnya seperti yang digambarkan oleh diskusi seputar …. sebagai “risiko mengundang autoritarianisme”. Mereka mula menekan atau “mengenakan” pandangan mereka ke atas orang lain.”

“Kenapa sebahagian dari kita resah dengan undang-undang tasyabbuh, homoseksualiti sedangkan pro-hak asasi ini mula membuat satu demi satu undang-undang yang menyekat kebebasan beragama?”

Kenyataan ini dikeluarkan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam Facebooknya susulan konsep “illiberalism liberalism” yang menggambarkan kaedah “anda tidak amalkan apa yang anda dakwahkan” dan ia semakin ketara di era hak asasi ini.

Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak berpegang kepada konsep liberal dalam agama seperti yang digariskan oleh Charles Kurzman dalam Liberal Islam: A Source Book.

“Islam seperti yang kita ketahui ada had dan sempadan. Dr Ugi Suharto telah jelaskan dengan baik ciri-ciri Islam Liberal dalam buku beliau,” jelas Dr Rafidah yang turut menegaskan bahawa pihaknya tidak bercakap tentang ekonomi liberal atau istilah umum liberalisme dalam banyak sektor lain.

Dalam pada itu, beliau juga mengupas mengenai isu LGBT yang mana, ada di kalangan Muslim sendiri mengatakan bahawa Islam janganlah banyak menghukum sahaja sedangkan sifat undang-undang itu adalah bagi mencegah jenayah.

“Tiap-tiap tahun Human Rights Watch, Justice For Sisters membidas undang-undang syariah kita. Baik, kita perbanyakkan program dakwah.”

Namun, Mukhayyam untuk LGBT yang merupakan satu bentuk dakwah yang juga kaedah ilmiah turut ditentang. Dilabel sebagai “terapi penukaran” dengan meminjam pengalaman Barat yang tak sama dengan kita.

“Mereka menyeru diadakan undang-undang untuk mengharamkan Mukhayyam.  Apa saja mesej agama mereka tentang. Hanya sahaja di Malaysia mereka belum berani secara terbuka mengatakan al-Quran itu homophobic, transphobic.”

Atas sebab itu, beliau menegaskan, kenapa undang-undang Islam dicemuh kononnya kita tak ada kaedah lain selain undang-undang, sedangkan kaedah dakwah juga ingin diharamkan?

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: