8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2023 – Lapan daripada 43 empangan utama di lima negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak kini berada pada paras amaran.
Menerusi laporan terkini bilik perang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.
BACA JUGA: PMX Beria Nafi Tuduhan Bukan Islam, Takut Hilang Sokongan?
BACA JUGA: Asalkan Berpakaian, Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Antarabangsa
BACA JUGA: Projek ECRL: 41 Orang Asli Sedia Pindah
“Empangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00 (m), Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 (m) serta 91.67 (m).”
“Empangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08 (m) melebihi paras minima 66.0 (m) manakala Empangan Air Hitam 228.07 (m) dengan paras minima 223.55 (m).”
“Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 (m) iaitu melebihi paras minima 30.30 (m) dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 (m) dengan paras minima 5.48 (m),” kata suruhanjaya itu.
Dalam pada itu, Empangan Sembrong Barat di Johor turut melebihi paras minima 7.36 (m) iaitu 9.36 (m).
SPAN dalam kenyataan berasingan menyarankan pengguna untuk menghubungi operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.
Selain itu, SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: [email protected] serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.