Tempatan

Memalukan! Belum Perang, Sudah Tersadai, Kerosakan Aset ATM Jadi Bahan Sendaan Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Memalukan! Ini yang dirasai selepas portal antarabangsa turut membuat liputan mengenai kerosakan dua aset perang milik Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berlaku dalam dua kejadian berasingan.

Bukan itu sahaja, sebuah portal antarabangsa turut berkongsikan komen-komen orang ramai yang diambil dari Twitter mengenai insiden ini seperti komen dari pelawak komediri Malaysia, Jason Leong, sekali gus menunjukkan kejadian ini telah menjadi sendaan dunia.

“Singapura memerlukan kereta kebal untuk mempertahankan jalan mereka. Jalan raya Malaysia boleh mengalahkan kereta kebal,” kata Jason Leong.

“Sebuah kereta kebal rosak di tengah-tengah lebuh raya (Malaysia). Jika Malaysia berperang, kita akan menjadi Rusia,” komen seorang pengguna Twitter seperti yang dilaporkan oleh portal antarabangsa tersebut.

Dalam insiden yang berlaku pada 26 dan 27 Ogos baru-baru ini, dua buah aset perang milik TDM yang terbabit dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan mengalami kerosakan dan tersadai di tengah jalan.

Kejadian pertama berlaku pada 26 Ogos lalu pada jam 10.30 pagi apabila sebuah kenderaan PT-91M Pendekar yang terbabit dalam acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 mengalami kerosakan di Jalan Damansara iaitu susur keluar Carcosa ke Kuala Lumpur Sentral.

Kejadian ini menyebabkan laluan menuju ke Jalan Bangsar dan KL Sentral mengalami kesesakan.

Manakala, dalam kejadian kedua pula, sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (Prime Mover) yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan.

Berikutan kejadian ini, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengeluarkan kenyataan media memohon maaf dan berjanji akan memastikan kejadian sebegini sebolehnya tidak berulang kembali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: