Naratif Berita Pro-Zionis Disangkal! Pejuang Hamas Masih Menguasai 95 Peratus Gaza
KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2023 – “Kalau kita ikut possession di medan perang di atas darat ketika ini, rejim Zionis hanya menguasai lima peratus sahaja manakala Briged Al-Qassam menguasai 95 peratus. Jadi ini adalah satu possession yang kita nampak bahawa kalau ia berterusan dan ia disokong juga oleh seluruh dunia, maka ia akan menjadi kemenangan buat kita dan juga kepada mereka yang memperjuangkan kemanusiaan insyaAllah.”
Demikian kata Eksekutif Penyelidikan dan Advokasi Cinta Gaza Malaysia (CGM), Encik Haikal Zulkefli bagi menyangkal dakwaan laman-laman berita yang agak bias dan naratifnya yang membawa kepada pro-Zionis.
Menurut beliau, rejim Zionis tidak berjaya menguasai sepenuhnya bumi Gaza dan sudah lebih dua minggu mereka cuba untuk masuk namun masih gagal menerobos bumi yang dijaga oleh Briged Al-Qassam.
Haikal turut menyifatkan perkara ini sebagai satu kemenangan moral buat rakyat Palestin dan pejuang kemanusiaan.
Ujarnya, “Ini adalah sesuatu yang sangat memberi kemenangan moral sebenarnya kepada Briged Al-Qassam dan juga kepada kita semua hari ini bahawa mereka sebenarnya sedang bertahan di bumi Gaza dan mereka belum kalah sebab kita banyak tengok berita ada yang kenapa seolah-olah macam pejuang-pejuang hampir kalah dan sebagainya setelah dibom, tetapi mereka belum kalah.”
Beliau mengulas sedemikian dalam sebuah wawancara berita mengenai kekangan rangkaian internet dan komunikasi yang berlaku di Gaza baru-baru ini. Setakat ini, jaringan telekomunikasi dan internet berjaya dipulihkan di sesetengah kawasan oleh syarikat tempatan Palestin, iaitu PalTel yang bertapak di Nablus, Tebing Barat.