Tempatan

KPDN Terima Ratusan Aduan Tidak Pamer Tanda Harga – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PONTIAN, 22 April 2023 – Tidak meletak atau mempamerkan tanda harga oleh peniaga menjadi aduan tertinggi oleh pengguna seluruh negara menjelang musim perayaan ini.

“KPDN menerima ratusan aduan pengguna berhubung peniaga yang tidak meletak atau mempamerkan tanda harga barang dagangan dan jualan masing-masing,” menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kata beliau, pihaknya sendiri telah beberapa kali menegur peniaga serta peruncit untuk meletakkan tanda harga dalam tinjauan mengejut yang dilakukan.

BACA JUGA: UMNO Kalah Teruk Sebelum Kerjasama Dengan DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang

BACA JUGA: JAIPs Perlu Perjelas Akaun FB Atas Nama Mereka – Ust Wadi Annuar

BACA JUGA: SKMM Pantau Penjualan Alat Ganti Motor Atas Talian

Jelas beliau, pihaknya sebolehnya tidak mahu mengeluarkan kompaun namun, pihak KPDN tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa bertindak tegas jika kesalahan serupa terus berulang.

Pihak penguatkuasa kementerian juga sudah diarahkan supaya memantau semua lokasi perniagaan dan memberi nasihat jika peniaga atau peruncit masih cuai dalam meletak atau mempamerkan tanda harga, katanya memetik berita tempatan.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa KPDN mengingatkan para peniaga untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan sebelum dikenakan saman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: