Menteri Bincang ‘Menu Rahmah’ Dengan Persatuan Restoran
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BANGI, 28 Januari 2023 – ‘Menu Rahmah’, menu mampu milik untuk golongan kurang berkemampuan masih dalam perbincangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub.
Beliau berkata pihak kementerian telah melakukan sesi libat urus bersama kedai masak (bermasak) dan persatuan-persatuan restoran termasuk Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pemilik Restoran Tom Yam Malaysia (Pertom).
BACA JUGA: Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam
BACA JUGA: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai
BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini
“Saya telah menyampaikan idea menu tersebut kepada persatuan, dan mereka telah menyatakan kesediaan untuk menghidangkan menu sebegitu di restoran mereka.”
“Satu memorandum persefahaman dengan persatuan-persatuan ini akan disediakan minggu depan.”
“Saya mencadangkan diwujudkan satu menu makan tengah hari ini bawah RM5 iaitu nasi, seketul ayam atau ikan (ikan rakyat) bersama sedikit sayur. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang sangat memerlukan.”
Bagaimanapun menu lain seperti menu premium contohnya udang, sotong, ikan siakap atau jenahak tidak termasuk kerana fokus utama adalah kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan mengejut di beberapa kedai makan sekitar Bandar Baru Bangi pada Jumaat lalu sebagai sebahagian daripada Ops Menu 3.0.
Beliau berharap peranan kementerian sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup.