Tempatan

Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PONTIAN, 24 Julai 2023 – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada 12 tengahari Isnin.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Kepada Menteri KPDN, Syakirin Husnal melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

BACA JUGA: Dijual Di Jaringan Gelap, WormGPT AI Perkasakan Jenayah Siber

BACA JUGA: Syarikat Rejim Israel Bakal Promosi Produk Halal Di Malaysia, Indonesia

BACA JUGA: Penyakit TIBI Bakal Akibatkan Sejuta Kematian Menjelang 2035 Jika Tidak Dibendung

Ujarnya, solat jenazah didirikan pada jam 8.30 pagi di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian, Johor.

Salahuddin, 61, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram meninggal dunia pada 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Sebelum itu, pada Jumaat lalu, beliau dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: