PRU-15

Tuntutan Deklarasi Pembubaran Parlimen Tidak Lagi Relevan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2022 – Peguam, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, saman yang difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen, perlu ditolak kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Beliau yang mewakili ketiga-tiga defendan itu menjelaskan, ianya adalah susulan SPR menetapkan 19 November ini, sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tan Sri Zulkefli menambah, tuntutan deklarasi Pembubaran Parlimen tidak sah itu juga perlu dibatalkan atas alasan ia bersifat skandal, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

“Plaintif dilihat tidak mendedahkan sebab tindakan atau sebab tindakan yang munasabah menerusi saman itu. Kuasa prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.”

Beliau juga menjelaskan bahawa pembubaran Parlimen  dibuat di bawah satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan Parlimen.

Perkara utama dalam permohonan plaintif adalah mengenai kuasa prerogatif YDPA untuk membubarkan Parlimen, jelas beliau lagi.

Justeru, “Perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak boleh dijustifikasikan dan akan akan berlaku ketidakadilan serta penyalahgunaan proses mahkamah jika permohonan untuk membatalkan saman itu tidak dibenarkan.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan berkenaan tindakan Ahli Parlimen DAP Charles Anthony Santiago yang telah menamakan Dato’ Sri Ismail Sabri (Perdana Menteri), Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sebuah saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut deklarasi bahawa pembubaran Parlimen adalah tidak sah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: