Tak Masuk Akal Nak Adakan PRU-15 Di Musim Banjir – Syed Hassan Syed Ali
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
1.Desakan pemimpin-pemimpin dan parti-parti tertentu menggesa disegerakan PRU-15 walaupun diadakan dalam musim banjir, jelas mereka amat terdesak untuk matlamat peribadi dan bukannya demi rakyat. Tindakan itu tidak masuk akal langsung.
2. Rakyat masih boleh tunggu lagi walaupun terdesak juga untuk menggantikan kerajaan baru yang lebih stabil dan berwibawa. Setidak-setidaknya PRU-15 diadakan selepas musim banjir jika nak disegerakan sekali pun.
3. Bila PRU diadakan pada musim banjir, bukan sahaja ramai pengundi tidak dapat keluar mengundi, bahkan pusat-pusat mengundi akan terjejas juga kemungkinan air naik memutuskan hubungan darat ke pusat-pusat mengundi, dan pusat-pusat mengundi itu sendiri dinaiki air.
4. Jika tak sabar nak PRU untuk nak berkuasa tu, janganlah menyusahkan rakyat dan kalau berkuasa pun belum tentu menyenangkan rakyat.
5. PERKASA sangat berharap DYMM SPB YDP Agong tidak perkenan membubarkan Parlimen sekiranya Perdana Menteri mengadap untuk persembahkan cadangan tersebut.
6. PERKASA percaya keprihatinan Kebawah Duli Tuanku YDP Agong lebih mementingkan keselamatan rakyat pada musim banjir.
7. Daripada pasukan-pasukan keselamatan sibuk dengan menjaga perjalanan PRU dan pusat-pusat mengundi, lebih baik sibuk untuk menangani banjir serta membantu rakyat di pusat-pusat penempatan mangsa banjir.
8. Kita boleh lihat betapa teruknya sesetengah pemimpin-pemimpin politik yang ada, begitu rakus untuk berkuasa tanpa memikirkan masalah rakyat bakal hadapi pada musim banjir.
Sekian.
Syed Hassan Syed Ali.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*