Google & Meta Disaman RM325 Bilion, Ceroboh Data Privasi Pengguna
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SEOUL, 15 September 2022 – Syarikat teknologi gergasi Google dan Meta disaman 100 billion KRW (RM 325,165,339.90) selepas didapati bersalah melanggar undang-undang privasi negara Korea Selatan.
Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi yang dikendalikan kerajaan negara itu berkata, mereka menyaman Google sebanyak 69.2 bilion KRW (RM225,004,731.78) dan Meta 30.8 bilion KRW (RM100,146,620.33) kerana mengumpul maklumat peribadi tanpa kebenaran pengguna terlebih dahulu dan menggunakannya untuk iklan dalam talian yang disesuaikan.
“Google tidak memberitahu pengguna dengan jelas tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat tingkah laku syarikat lain apabila mereka mendaftar untuk perkhidmatannya dan menetapkan pilihan default untuk “bersetuju” sambil menutup pilihan lanjut yang tersedia melalui skrin tetapan. Meta juga didapati telah melanggar peraturan perlindungan maklumat peribadi.”
Dalam laporan lain, portal melaporkan bahawa syarikat teknologi itu juga disaman oleh Korean Fair Trade Commission (KFTC) atas dakwaan telah menghalang pembuat-pembuat peranti pintar tempatan daripada menggunakan sistem operasi bukan Android.
“Syarat kontrak Google dengan pembuat peranti bersamaan dengan penyalahgunaan kedudukan pasaran dominannya yang menyekat persaingan dalam pasaran OS mudah alih,” tegas KFTC.
Kata KFTC lagi, Google menghalang persaingan dengan membuat pengeluar peranti mematuhi “perjanjian anti-pecah belah (AFA)” apabila menandatangani kontrak penting dengannya berkaitan lesen gedung aplikasi.
“Di bawah AFA, pengeluar tidak dapat melengkapkan telefon bimbit mereka dengan versi Android yang diubah suai, yang dikenali sebagai “Android forks”. Itu telah membantu Google mengukuhkan penguasaan pasarannya dalam pasaran OS mudah alih,” kata KFTC.