Tempatan

Kabinet Bermesyuarat Bincang Stabilkan Harga Babi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 04 Januari 2023 – Mesyuarat Kabinet membincangkan cadangan untuk menstabilkan harga daging babi menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina akhir bulan ini.

Hal itu diumumkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bermesyuarat semalam.

BACA JUGA: Ayam & Babi: Kenapa Perlu Layanan Berbeza? – PEMBELA

BACA JUGA: Antara Telur, Ayam Dan Babi – Profesor Dr Ridhuan Tee

BACA JUGA: Telur Ayam Mahal, Kerajaan Baru Lembab – CIJ

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata, “MAFS telah mengesyorkan cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging khinzir yang menjadi tumpuan pembeli khususnya pada musim perayaan (Tahun Baru Cina).”

Chan Foong Hin, Timbalan Menteri MAFS bercadang sedemikian selepas mengambil maklum kegusaran pelbagai pihak terhadap kestabilan bahan makanan dan kos menjelang Tahun Baru Cina, termasuk isu kos dan bekalan daging khinzir.

Sehubungan itu, kedua-dua kementerian sepakat meneruskan kerjasama agar rantai bekalan makanan kekal stabil dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: