Tempatan

KP Perkhidmatan Awam Ditamatkan Perkhidmatan Setelah 30 Tahun Bertugas, Kini Mahu Saman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 14 Disember 2022 – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah berjanji akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam pemecatannya daripada jawatan.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menganiaya saya walaupun saya berkhidmat selama 30 tahun,” tegasnya.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang notis yang munasabah berhubung penamatannya daripada jawatan dan hanya menerima “slip merah jambu”, kelmarin.

Memetik kepada sebuah portal berita tempatan, Syafiq mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengancam kepentingan orang awam dan menjalankan tugasnya dengan penuh amanah.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan akan terus menyokong aspirasi Kerajaan dalam menambahbaik perkhidmatan awam.

Kelmarin, Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa pada Isnin, 12 Disember 2022.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, penamatan tersebut adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: