Tempatan

SKMM Pantau Penjualan Alat Ganti Motor Atas Talian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 20 April 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau penjualan alat ganti motosikal yang tidak dibenarkan menerusi media sosial.

Menurut Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, “Pemantauan sentiasa dijalankan melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung aktiviti penjualan alat ganti ini.”

“Sekiranya terdapat mana-mana pelanggaran dari aspek perundangan yang dikesan, kita akan meminta penyedia platform untuk menurunkan iklan tersebut,” jelas beliau.

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes COVID-19 Meningkat 26%

BACA JUGA: Kementerian Sahkan Malaysia Berisiko Gempa Bumi

BACA JUGA: 78 Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Yaman

Tambahnya, tindakan tegas juga akan dikenakan termasuk sekatan terhadap sebarang laman sesawang yang didapati menjual alat ganti motosikal yang tidak dibenarkan ini.

Di samping itu, SKMM turut menekankan bahawa pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bahkan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan melanggar undang-undang.

“Apa yang menjadi kesalahan di dunia realiti, ia terpakai sama menerusi alam maya, itu tindakan yang kita sentiasa laksanakan,” ujarnya.

Peruntukan undang-undang jelas termaktub berkaitan kawal selia melibatkan penjualan alat ganti motosikal bagi memastikan alat ganti yang tidak dibenarkan jual menerusi platform media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: