Tempatan

KKM Sahkan Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Balik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Ogos 2022 – “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan Karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF),” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

“Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.”

Ujarnya, Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Kata beliau lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam Twitter, KKM telah mengambil tindakan yang sewajarnya di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela.

Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: