Tempatan

Keputusan Kes Kalimah Allah: Beberapa Pihak Sudah Mula Menamakan Allah Kepada Sembahan Mereka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2021 – Tinjauan Samudera.my menunjukkan bahawa beberapa pihak sudah mula menggunakan kalimah-kalimah Islam yang dilarang sebelum ini untuk merujuk perkara-perkara di dalam amalan mereka.

Beberapa hantaran dalam media sosial antaranya menulis:

“Engkau tidak jauh dari Kerajaan ALLAH (Mrk 12:34)”.

“SIMAYANG MINAN SANDA DIBUKAR JESUS MIRASI KAABA KUDUS LENT KE-3 7 MARCH 2021. Tuhan Mirakat Semua Kita. Amen”.

“ALLAH TAALA, KASIHKA AKU KE BEDOSA TU LUKE 18: 9-14”.

Selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang membicarakan pengharaman penggunaan kalimah-kalimah yang suci kepada umat Islam, beberapa pihak terutamanya NGO-NGO menyatakan kegusaran akan berlaku banyak provokasi yang mungkin akan mengundang keadaan tidak tenteram di kalangan orang awam. Risau dengan perkembangan seperti ini, ratusan wakil NGO-NGO Islam berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman pada Ahad 14 Mac baru-baru ini, antara lain menuntut supaya kerajaan memohon kepada mahkamah supaya diberikan penangguhan kepada keputusan membatalkan Pekeliling Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan penggunaan kalimah-kalimah suci umat Islam sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

NGO-NGO Islam yang diketuai oleh PEMBELA telah mengemukakan enam tuntutan yang antaranya menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan pekeliling baru mengharamkan penggunaan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan Solat sehingga rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi selesai.

“PEMBELA menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu keputusan kalimah ALLAH ke mahkamah yang lebih tinggi dengan kadar segera dan meminta penangguhan pelaksanaan keputusan hakim tersebut sehingga kes rayuan selesai,” ujar Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Haji Aminuddin Yahya.

“KDN perlu mengeluarkan pekeliling baru pengharaman penggunaan perkataan-perkataan tersebut jika sekiranya penangguhan itu tidak dibenarkan.”

Dalam perhimpunan tergempar pada 14 Mac 2021 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur itu, beberapa wakil NGO umat Islam menyatakan rasa marah mereka kerana terluka dengan perkembangan terkini isu kalimah ALLAH ini dan mereka menganggap ini adalah perbuatan mengamalkan agama dengan cara tidak aman dan damai.

“PEMBELA menuntut menangguh keputusan supaya tidak menjejaskan keamanan awam,” tambah Tuan Haji Aminuddin.

Katanya lagi, umat Islam juga melihat isu penggunaan kalimah-kalimah ini oleh badan gereja sebagai satu provokasi di saat hati dan perasaan mereka terluka dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru, wakil-wakil NGO Islam ini mendesak supaya semua bentuk provokasi seperti ini dihentikan segera bagi menjaga keamanan dan kedamaian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: